- 1.0 PENDAHULUAN
- 1.1 Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang yang digubal dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna.Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:

- Pengguna
- 1.2 Dengan lain perkataan walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi mendapatkan hak-hak mereka. Pada kebiasaannya pengguna itu tidak akan mendapat haknya melainkan :-
- (a) Mengetahui apakah hak-haknya;
(b) Menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya;- (C) Memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dan berusaha mendapatkan hak-hak itu.
-
- 1.3 Maka amalan seorang pengguna yang baik dan bijak ialah membuat imbangan antara tanggungjawabnya sebagai pengguna dan dalarn masa yang sama menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatkannya.
-
- 2.0 SIAPA ITU PENGGUNA
- 2.1 "Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
-
- Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.
-
- 2.2 Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam bidang pengurusan, kepenggunaan bermakna yang pengguna melihat pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.
-
- 2.3 Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".
One thought on “Hak Dan Tanggungjawab Pengguna”
Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
* Pemindahan Sangat pantas dan cepat ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
dalam akaun bank anda
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
* Memohon - Dapatkan Kelulusan - Akaun dikreditkan dengan jumlah pinjaman
Dapatkan Kelulusan dalam 10 min.just hubungi kami di
E-mel homeofequity@gmail.com
PERMINTAAN UNTUK PINJAMAN
================================
Nama: ...................
Nama kedua: ..................
Hubungi Alamat: .................
Negara: ...................
Umur: ..........................
Jantina: ....................
Nombor Telefon: ..............
Status: .................
Pendudukan: ...............
kedudukan: .................
pendapatan bulanan: ..............
Jumlah Pinjaman: .................
Tujuan Pinjaman: ...............
jangka masa: ....................
Adakah anda memohon untuk pinjaman sebelum: ............
anda memahami Bahasa Inggeris: ..........
sila mengisi dan menghantar borang tersebut kepada:
E-mel homeofequity@gmail.com
Bergerak +44708798682
Yang ikhlas,
Nicholas Payne
C.E.O Modal Ekuiti
London United Kingdom
Post a Comment