• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

INFO PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN

(A) .SEJARAH KEPENGGUNAAN

Amerika Syarikat (AS) ialah negara yang yang terawal mempunyai pergerakan pengguna. Aduan pengguna pertama telah direkodkan pada 1775 di Massachusetts apabila penjual yang menjual makanan tercemar telah didenda. Pada era pertama, perkara yang diutamakan ialah cara mengurangkan monopoli perniagaan-perniagaan besar dan masalah kebersihan makanan. Pada 1906 , Pure Food and Drug Administration (FDA) telah ditubuhkan selaras dengan penggubalan Pure Food and Drug Administration Act yang bertujuan untuk mengawal pencemaran makanan , dan pelabelan makanan serta ubatan yang mengelirukan.

Perang Dunia Pertama telah mengalihkan perhatian terhadap perlindungan pengguna dan isu ini terhenti seketika sehingga satu kajian bertajuk 100,000,000 Guinea Pigs dikeluarkan sebagai tanda kebangkitan era kedua. Penemuan kajian telah menggemparkan warga AS, yakni dengan pendedahan tentang ubat-ubatan, kosmetik dan makanan yang tidak selamat dan dijual tanpa sebarang pra-uji jaminan keselamatan pengguna.

Sejarah kepengguna yang paling bermakna adalah pada era ketiga apabila konsep hak-hak pengguna diperkenalkan oleh Presiden John F Kennedy pada 15 Mac 1962. Beliau telah mengisytiharkan empat hak untuk mendapatkan maklumat dan hak untuk aduan didengari. Pada era keempat, self regulation atau kawal selia kendiri telah ditekankan sebagai kaedah lebih baik untuk melindungi pengguna.

Pada penghujung 1964 , pengguna di Malaysia mulai menggesa kerajaan mengambil tindakan menstabilkan dan memantapkan harga barang keperluan ekoran daripda isu ketidakstabilan harga, terutamanya menjelang musim perayaan. Harga barang-barang keperluan telah dinaikkan sewenang-wenangnya. Kesan daripada isu harga barang, persatuan pengguna yang pertama telah ditubuhkan di negara ini iaitu Persatuan Pengguna Selangor. Keahlian persatuan ini, terdiri daripda ahli profesional, ahli akademik dan golongan berpendapatan menengah.

Bermula pada 1971, semakin banyak persatuan pengguna ditubuhkan di seluruh negara. Sejajar dengan penubuhan persatuan pengguna, perkembangan perlindungan pengguna juga semakin memberansangkan di Malaysia. Penggubalan Akta Perlindungan Pengguna 1999 telah membawa kepada penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna dan Majlis Penasihat Pengguna Negara. Hari Pengguna Malaysia dengan bertemakan Pengguna Bermaklumat Negara Bermanfaat pula telah dilancarkan buat pertama kalinya pada 26 Julai 2001 dan sehingga kini sambutannya diraika pada tarikh tersebut setiap tahun.


(B). DEFINSI PENGGUNA


(C). HAK-HAK PENGGUNA


(D). HAK-HAK PENGGUNA (ENCIK MAZLAN-IPGKTAR)

(E). PENGGUNA LESTARI

This entry was posted by Permata Timur II. Bookmark the permalink.