• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

BORANG PENDAFTARAN ONLINE

TERIMA KASIH

Terima kasih kerana menyetai Kelab Pengguna Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

RUMAH APA HAK PEMBELI?

Dalam urusan membeli rumah sering terdapat peibagai penganiayaan terhadap para pengguna terutamanya kepada mereka yang tidak mengetahui hak-hak pembeli rumah. Misalnya:

*

Agensi yang bertanggungjawab meluluskan sesuatu peringkat projek perumahan lambat membuat keputusan hinggakan harga meningkat.
*

Ada pemaju perumahan yang terkandas atau terbengkalai di setengah jalan.
*

Sijil Kelayakan atau Certificate of Fitness (CF) rumah begitu lewat diperolehi walaupun rumah yang dibina oleh agensi kerajaan telah lama siap.
*

Pemaju rumah mengambil wang deposit dan menyimpannya bertahun-tahun lamanya sedangkan rumah belum diperuntukkan.
*

Terdapat perkara tertentu tidak mengikut spesifikasi, misalnya kes rumah kos rendah yang dibina di dua kawasan berlainan mengenakan harga yang sama iaitu RM22,OOO seunit tetapi dari segi keluasan dan bentuk binaan serta bahan binaan jauh berbeza antara kedua-duanya.
*

Rumah yang pembinaannya tidak sempurna dan menimbulkan berbagai-bagai masalah setelah pengguna tinggal hanya beberapa minggu di dalam rumah tersebut.
*

Terdapat kes pembeli rumah yang membayar secara tunai gagal mendapatkan hak milik rumah daripada pihak bank yang membiayai projek itu kerana pihak pemaju tidak membayar hutang kepada bank tersebut.

RUMAH terbengkalai, faedah pinjaman di bank melambung tinggi dan sikap pemaju lepas tangan antara masalah yang selalu benar menimpa pembeli rumah. Belum lagi ditambah pembeli teraniaya kerana saiz rumah yang dijanjikan tidak tepat, saluran elektrik dan air tidak sempurna malah tidak sampai setahun dinding merekah dan kawasan sekitar dinaiki air.

Rungutan dan keluhan sampai bila-bila tidak akan reda. Tetapi yang peliknya permintaan terhadap rumah tidak pernah berkurangan, dari sehari ke sehari semakin meningkat. Buatlah rumah di kawasan mana sekalipun dan apa juga jenis, sama ada kos rumah rendah, sederhana, kondominium dan banglo, orang berebut-rebut mendapatkannya. Khalayak kini tidak terbeban memperolehi wang kerana masing-masing mempunyai alternatif memiliknya.

Sampai bilakah nasib pembeli yang teraniaya akan terbela dan apakah sebenarnya masalah-masalah yang lazim diluah oleh pembeli dan apa hak-hak pembeli daripada kaca mata Presiden Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA, Profesor Hamdan Adnan yang menerima aduan 65 peratus masalah perumahan berbanding aduan lain.

"Negara kita mengamalkan sistem jual dahulu sedangkan rumah dan tapak untuk didirikan belum lagi jelas. Memang ada dibina rumah contoh dengan pemandangan yang menarik pembeli tetapi ia tidak mencukupi. Meningkatkan kualiti, rumah hendaklah dibina dahulu kemudian baru boleh dijual. Seperti yang dilakukan di negara Hong Kong, selepas 30 peratus rumah siap baru dikeluarkan borang tawaran pembeli.

"Puncanya daripada sikap sesetengah pemaju yang memerlukan duit wang pendahuluan pembeli guna untuk dibuat modal membina rumah. Pengawalan jual beli rumah tidak terkawal juga antara punca ketaranya masalah ini berleluasa. Lantas, timbul masalah bila rumah yang dijanjikan tidak terletak di kawasan strategik, jauh daripada kemudahan awam dan pengangkutan.

"Lebih teruk apabila rumah lambat siap atau terus terbengkalai. Kalau siap sekalipun timbul pula masalah tidak dapat Sijil Kelayakan atau Certificate of Fitness (CF) daripada Majlis Perbandaran kerana tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Prasarana tidak lengkap seperti air dan elektrik, sebaliknya memerlukan wang lebih untuk menikmatinya," hujahnya.

Katanya lagi, "Di peringkat awal urus niaga lagi pembeli tidak memperolehi maklumat lengkap. Tidak pandai membaca pelan dan memahami bahasa undang-undang yang terdapat dalam perjanjian jual beli. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh, kerana pembeli bergantung sepenuhnya kepada perjanjian yang terkandung. Sebab itu penting memahaminya kerana rumah tidak lagi dibina sedangkan bayaran pendahuluan telah pun diambil. Lagipun apa juga masalah yang timbul pada masa akan datang berhubung rapat dengan isi kandungan perjanjian tersebut.

"Masalah kedua mengenai kualiti rumah tidak dapat ditentukan sama ada selamat atau tidak. Sehubungan dengan itu persatuan pengguna pernah memperjuangkan Standard Sale Purchase Agreement atau SSPA iaitu cara mudah membaca pelan atau surat perjanjian antara pembeli, pemaju dan juga bank tempat membuat pinjaman," katanya.

Pengguna juga terperangkap dengan perkhidmatan peguam yang disediakan oleh pemaju. Sepatutnya pembeli berhak memilih tetapi bagi sesetengah pemaju, mereka menetapkan. Timbul masalah bila peguam yang kononnnya dilantik memihak kepada pemaju. Maka jadilah harapkan pagar, pagar makan padi.

Masalah-masalah perumahan terus berlarutan kerana permintaan untuk rumah tidak pernah reda walau harganya melambung. Perkara ini seolah-olah memberi kuasa kepada pemaju bersikap mengetepikan hak-hak pengguna.

Hamdan turut membidas saiz rumah yang berkurang keluasannya selepas siap. Sepatutnya perjanjian dengan pelaksanaan mesti selaras, tetapi berlaku sebaliknya. Pembeli berhak menyeret kes seumpama ini ke mahkamah untuk menuntut ganti rugi.

"Masalah juga timbul bila muncul fasal-fasal tambahan ketika projek sedang dijalankan. Dalam hal ini Kementerian Perumahan mesti mengambil tindakan tegas, mengharamkan fasal yang menyusahkan pembeli.

"Alasan lambat siap daripada masa yang dijanjikan boleh diterima jika masalah bekalan simen kurang atau akibat bencana alam tetapi apa yang berlaku kini rumah terbengkalai kerana pemaju lepas tangan. Sedangkan Akta Pemaju Perumahan menggariskan rumah mesti siap dalam tempoh tidak lebih dua tahun.

"Apabila ditimpa masalah, misalnya berlaku keretakan atau mendapan tanah di kawasan rumah, kita akan menghadap pemaju untuk menuntut keadilan untuk mengurang beban. Langkah tersebut memang betul tetapi dalam hal ini saya tetap menyalahkan pihak yang bertanggungjawab memberi pelepasan membuat rumah kerana mereka yang memberi kelulusan atau sebaliknya," ujarnya terkilan.

BERUK DI HUTAN DISUSUKAN

"Bukan setakat membeli rumah dihurungi masalah, membina rumah juga terpaksa memikul beban. Tidak mudah mendapatkan kelulusan untuk membina rumah di negara ini. Betul, kita mempunyai undang-undang dan prosedur, sebagai penduduk yang bertanggungjawab, kita menurutnya tetapi alangkah kesalnya jika mengambil masa terlalu lama. Sedangkan' pendatang haram' apabila membina rumah tidak tunggu sampai sebulan. Lantas jadilah kita seperti anak di rumah kelaparan, beruk di hutan disusukan.

"Lebih dikesalkan bila semua pihak perlu 'disuap'. Sudahlah air dan elektrik mesti 'berbayar lebih', datang pula bahagian kesihatan, saliran dan perparitan tidak meluluskan keluasan longkang. Begitu begini, akhirnya wang yang entah apa-apa tujuannya menggelongsor keluar. Walau kunci dalam genggaman dan rumah depan mata, duit terus-terusan menjadi perantaraan sedangkan perkara ini boleh dielakkan. Itu antara ungkapan tidak puas hati pembeli dan pengguna yang merana mendapat dan membina rumah.

"Ditambah lagi jika menerima pula arahan membayar lebih kepada pemaju sekitar RM5,000 hingga RM8,000 atas alasan bayaran di peringkat tertentu lambat dijelaskan. Masalah itu antara pemaju dengan bank namun lazimnya pembeli yang telah menerima CF ghairah memasuki rumah, lantas memilih untuk membayar sedangkan pembeli berkuasa mencabar pihak terbabit membuktikan kesahihan, sama ada bayaran tertunggak atau sebaliknya. Jika tidak kenapa pihak pemaju mengenakan denda selepas rumah siap sedangkan mereka boleh memintanya serta-merta semasa dalam pembinaan. Kes sebegini, pemaju boleh seret ke mahkamah tetapi dalam 100 orang hanya tiga yang melakukan.

"Bukan mereka perleceh-lecehkan wang dan sanggup bayar berapa sahaja tetapi kos membayar peguam untuk ke mahkamah lebih mahal daripada yang dituntut. Berapa keratlah yang mampu," bela pegawai Persatuan Pengguna Selangor yang turut mengakui aduan masalah rumah paling banyak diterima.

AKTA PEMBELI RUMAH

"Kami menerima 65 peratus aduan mengenai perumahan berbanding aduan lain seiak mengambil alih tugas di FOMCA. Macam-macam yang diadukan, paling sedih ada kes rumah belum siap, gaji telah lama dipotong. Walaupun kejadian tidak sehebat 10 tahun lalu tetapi masih berlaku hingga ke hari ini.

"Sebenarnya sudah sampai masanya kita mempunyai Akta Pembeli Rumah sendiri. Bunyinya seakan melawak tetapi itu adalah kenyataan yang wajar diambil tindakan secepat mungkin. Yang kita ada sekarang hak-hak pembeli rumah yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan (Kawalan dan Melesen) 1982 di bawah Perjanjian Surat Jual Beli Seragam tetapi tidak kuat menyokong pengguna.

"Memang kita mempunyai akta melindungi pengguna daripada penindasan pemaju rumah. Tahun 1966 kerajaan Malaysia menggubal Akta Pemaju Perumahan (Mengawal dan Melesen) 1966. Akta dikuatkuasakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia untuk mengawal kegiatan-kegiatan para pemaju dalam industri perumahan di Semenanjung Malaysia.

"Memastikan akta ini lebih berkesan, beberapa pindaan dibuat. Contohnya pada 1970 kaedah-kaedah (Mengawal dan Melesen) Pemaju perumahan 1970 telah diluluskan dan dikuatkuasakan pada 15 Julai 1970. Bagaimanapun memandangkan beberapa peruntukan di dalam akta berkenaan tidak lengkap dan jelas untuk melindungi pembeli, maka satu peraturan baru diluluskan iaitu Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Melesen) 1982 dan dikuatkuasakan pada 1 Jun 1982.

"Tetapi soalnya sekarang, akta tersebut lebih memihak kepada pemaju. Begitu juga dengan Persatuan Pemaju Perumahan, ia lebih cenderung melindungi kepentingan pemaju itu sendiri," kesal Hamdan.

Masalah rumah terus tindih-menindih lebih teruk apabila terlalu banyak agensi terlibat dalam projek pembinaan. Misalnya Majlis Perbandaran di kawasan projek dibina, ia terbahagi kepada bahagian; tanah, kesihatan dan juruteknik. Semuanya itu mengambil "masa" untuk meluluskan banyak perkara.

Selepas rumah siap dibina, timbul pula isu prasarana tidak lengkap yang melambatkan proses rumah diduduki pembeli. Agak pelik bunyinya kerana masalah siasatan sama ada menepati syarat-syarat yang ditetapkan atau sebaliknya patut timbul di awal-awal pembinaan.

BAYARAN TIDAK SERAGAM

"Bayaran pula terbalik dan tidak seragam. Jika rumah kerajaan selepas siap dan arkitek berpuas hati barulah perjanjian ditandatangani. Tetapi projek yang diusahakan oleh pemaju akan dikenakan bayaran sebaik fasa diluluskan dan pembeli mesti membayar peratusan tertentu. Kenapa tidak diseragamkan, bukanlah tindakan seperti itu akan lebih melindungi pemaju?"

Sistem beli rumah kata Hamdan, bayar dahulu dapat tidak tahu bila dan berapa lama, banyak kelemahannya. Apa-apa juga hal yang berbangkit, misalnya ditipu pemaju pembeli yang terperangkap, kerana duit telah berada di dalam tangan mereka (pemaju).

"Katakanlah 10 tahun lamanya rumah terbengkalai kerana pemaju pertama tidak mampu menanggung kos pembinaan. Lantas dijual kepada pemaju lain. Bayangkanlah himpunan faedah pinjaman pembeli terus berjalan dan dibayar kepada bank. Wang kita hangus dan kalau mengadu sekalipun jika pemaju diiktiraf muflis apa lagi hak kita untuk menuntut?" soalnya.

Bunyinya kata beliau seolah-olah pihak kerajaan tidak melindungi pembeli. Benarkah begitu? "Sebenarnya kita kena kaji semula dengan rancangan Akta Pembeli Rumah kerana Akta Pemaju Rumah yang ada sekarang lebih cenderung membantu pemaju dan tertera banyak lagi kelemahannya.

"Kita boleh mengadu kepada Kementerian Perumahan tetapi selalunya mereka tidak 'mengambil kisah' walaupun aduan ini paling banyak diterima. Alasan mereka masalah yang timbul sepatutnya diselesaikan dengan pihak kewangan."

APA PERANAN KEMENTERIAN PERUMAHAN?

"Apabila berlaku permintaan melebihi penawaran. Rumah tidak cukup menyebabkan harganya semakin melambung. Sebab itu apabila timbul masalah rumah, pembeli perlu buat aduan tetapi kepada siapa? Logiknya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana mereka yang menguatkuasakan Akta Pemaju Perumahan. Sebaliknya aduan-aduan tidak membekas dan kes pembeli terpaksa dikendalikan sendiri. Walaupun akta telah dipinda demi kebaikan pembeli namun faedahnya masih kabur."

Melihat kerjasama antara pembeli dengan Kementerian Perumahan seperti ada jurang pemisah antaranya. Apa peranan Kementerian Perumahan sebenarnya?

"Ia berperanan memastikan pemaju perumahan bertanggungdawab. Jika berlaku kecurangan atau pembeli teraniaya, ia boleh diselesaikan tetapi akta yang ada sekarang tidak begitu kuat. Apa juga masalah yang menimpa pembeli terpaksa selesai sendiri.

Akta boleh diubah berdasarkan 'Housing Developing Act' yang ditambah atau dipinda setiap tahun tetapi 'sokongan’ tidak begitu kuat dan permintaan terhadap rumah terlalu tinggi.

HAK PENGGUNA KOSONG

"Hak pengguna dalam pembelian rumah terlalu rendah dan boleh dipinda sesuka hati. Contohnya dalam soal mendapatkan sijil kelayakan atau CF menduduki sesebuah rumah. Elakkan masuk ke rumah tanpa CF kerana ia boleh menjerat leher pembeli. Memang ada pemaju baik hati membenarkan pembeli berbuat begitu tetapi semua itu untuk memboloskan diri lebih mudah jika berlaku masalah di masa akan datang. Katakanlah dibawa ke mahkamah sekalipun, pembeli tidak ada bukti untuk mendakwa mereka.

"Hak atau jaminan terhadap pembeli juga tidak saksama. Kami telah meminta jaminan diberikan selama tiga tahun kepada pembeli dari tarikh rumah diduduki tetapi hanya diluluskan enam bulan. Alasan pemaju kononnnya rumah retak atau timbul masalah di awal pembinaan. Sedangkan kebanyakan aduan dan laporan kerosakan diterima sebaik tempoh jaminan selesai," kesalnya.

Menyentuh soal bencana alam, Hamdan berkata, ia tertakluk kepada perubahan alam semula jadi. Dalam soal ini pembeli boleh berjaga-jaga melalui pembelian insurans. Cuma kebanyakan insurans yang ada hanya menawarkan bencana kebakaran. Sungguh begitu, siasatan lanjut boleh dilakukan apabila kawasan yang sebelum ini aman damai tiba-tiba dinaiki air akibat kecuaian pemaju di awal-awal pembinaan rumah dahulu.

Kawasan riadah seperti taman permainan kanak-kanak turut menjadi hak pembeli. Bagaimanapun jelas beliau kemudahan seumpama ini tidak mampu dinikmati selamanya kerana kawasan tersebut akan diambil oleh pemaju jika dianggap berpotensi dimajukan.

"Kawasan perkuburan pula bukan tanggungjawab pemaju. Peruntukan kawasan perkuburan disediakan oleh kerajaan negeri. Tetapi dengan bertambahnya projek pertambahan bandar baru dan sebagainya, kawasan, perkuburan sepatutnya ditambah dari semasa ke semasa," cadangnya.

Ditanya bilakah Akta Perumahan akan menjadi impian beliau menjawab, lebih elok ditanya kementerian kerana yang sedia ada terlalu kerap diubah dan dipinda, rasanya lebih baik digubal yang baru.

WANITA, OGOS 1996, BIL: 325, M/S 62-66

KEMBALI

HAK MANUSIA UNTUK MENIKMATI ALAM SEKITAR YANG SELAMAT

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, CAP telah memerhatikan bahawa keadaan alam sekitar yang serius di negara ini telah membawa kepada peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai keperluan untak memulihara dan melindungi alam sekitar.

Walaupun berada dalam keadean terbatas, mereka berjuang untuk mempertahankan hak mereka dan menggunakan saluran undang~undang. Di bawah ini diterangkan mengenai apa yang dimakaudhan di atas.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:

Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak memperuntukkan secara jelas mengenai hak warganegara kepada alam sekitar yang selamat, sihat dan berekologi.

Namun, hak seperti itu tersirat di bawah Artikel 5 yang dikaitkan dengan hak untuk hidup dan kebebasan. (Artikel 5 (1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan "Tiada siapa pun yang boleh dinafikan haknya untuk hidup atau menikmati kebebasan hidupnya yang dilindungi di bawah undangundang".)

Di India, dalam kes Dehra Doon Valley, pada tahun 1983 Mahkamah Agungnya menggunakan pendekatan yang imaginatif apabila mereka menafsirkan "hak untuk hidup" itu sebagai mengkehendaki alam sekitar yang menyihatkan. Kes ini melibatkan operasi kuari yang menimbulkan kesan alam sekitar yang buruk terhadap penduduk di Dehra Doon.

Dalam satu keputusan yang membawa kejayaan pada tahun 1986, Mahkamah Agung India dalam kes Olga Iwn Bombay Municipal Corporation, mengembangkan konsep hak untuk hidup kepada hak untuk sara hudup.

Berdasarkan tafsiran Mahkamah Agung India di atas, adalah berkemungkinan untuk berhujah bahawa Artikel 5 Perlembagaan Malaysia secara tersirat atau tidak langsung memperakui hak setiap warganegara untuk mendapatkan kehidupan alam sekitar yang selamat, sihat dan berekologi. Untuk apakah hidup ini jika tidak dapat hidup dan tidak ada jaminan untuk menyara kehidupan?

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA, 1976:

Rancangan ini, yang pertama kalinya memperkenalkan konsep Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Berdasarkan kepada pendirian British, Akta itu ingin memastikan lebih banyak perancangan projek-projek pembangunan yang diselaraskan di setiap Negeri dengan penglibatan penduduk tempatan.

Pada dasarnya, ia kelihatan seperti perundangan yang wajar, tetapi sebenarnya sedikit sahaja boleh dimanfaatkan. Dalam melakarkan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan untuk sesuatu kawasan, pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Perancangan sepatutnya membuat publisiti terhadap pelan draf selama sebulan dan menjemput orang ramai supaya memberikan pandangan.

Namun, pengalaman CAP dengan beberapa rancangan struktur iaitu dalam urusan proses untuk mendapatkan pandangan awam hanyalah suatu formaliti sahaja, sekadar untuk mematuhi undang-undang.



Keputusan muktamad mengenai rancangan itu terletak kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri dan tidak ada tanggungjawab - daripada pihak Negeri untuk mempertimbangkan dan melaksanakan pandangan orang awam.

AKTA KUALITI ALAM SEKITAR, 1974:

Pengenalan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 berikutan Persidangan Stockholm 1972 merupakan usaha untuk menghasilkan inisiatif perundangan menyeluruh dalam urusan dengan perkara berkaitan dengan alam sekitar.

Berdasarkan Akta ini

Bahagian Alam Sekitar, kini dipertingkatkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ditubuhkan.

JAS terutamanya berurusan dengan perkara-perkara berkaitan kualiti udara dan air, sisa industri, paras kebisingan dan penilaian kesan alam sekitar. Peranan utamanya ialah untuk mengawasi kualiti alam sekitar.

Isu pengurusan sumber alam sekitar bukan berada di dalam skop dan sebahagian besarnya berada di bawah naungan kerajaan negeri terutamanya berhubung dengan hutan, tanah paya, tanah dan sumber galian.

Melalui proses Penilaian Kesan Alam Sekitarlah (EIA) JAS mempunyai beberapa peranan pengawasan.

Proses penilaian semula EIA yang wujud kini mungkin merupakan satu-satunya mekanisma statutori untuk kumpulan-kumpulan kepentingan awam dan warga biasa menyuarakan kebimbangan mereka dengan berkesan terhadap segala projek yang menjejaskan alam sekitar dan masyarakat.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tiada siapa pun yang menyoroti dengan ketara dan memberikan penekanan terhadap kepentingan penglibatan awam dalam proses EIA daripada Hakim MahkamahTinggi, Datuk James Foong dalam kes Empangan Bakun pada Jun tahun lalu.

Dalam keputusannya (di mana Peguam Negara telah menyifatkannya sebagai "selamat") di mana dia memutuskan dengan memihak kepada tiga Plaintif iaitu orang asli Sarawak, hakim berkata:

"Asas kepada Akta Kualiti Alam Sekitar ialah merumuskan "langkah-langkah untuk mengelak, mengurang atau mengawal kesan-kesan buruk ke atas alam sekitar.

"Untuk mencapainya, sebagaimana tercatat dalam Garis Panduan, penglibatan awam amat diperlukan, interaksi antara orang awam dan alam sekitar adalah asas kepada konsep kesannya.

"Oleh itu, adalah relevan dan mandatori untuk pihak berkuasa mendengar pandangan awam dahulu, sebelum memberikan kelulusan.

"Ia seolah-olah memperolok-olokkan seluruh isu ini dengan mengatakan, EIA boleh diluluskan dahulu dan jika orang awam mempunyai sebarang idea membina, mereka boleh menyerahkannya kemudian. Ini tentulah tidak wajar, mengetepikan pertimbangan yang baik dan wajar."

Seseorang itu tentu akan memikirkan kata-kata bijaksana hakim yang mencetuskan pihak berkuasa supaya mempunyai kefahaman yang baik dan menghargai penglibatan awam di bawah proses EIA.

Malangnya perkara yang sebaliknya pula berlaku. Tidak lama selepas Mahkamah Rayuan merubah keputusan Mahkamah Tinggi, bahkan terdapat tanda-tanda daripada Kerajaan Negeri untuk meletakkan proses EIA di bawah bidang kuasa mereka. NGO melihatnya sebagai sesuatu yang menjejaskan proses EIA, terutamanya berhubung dengan hak penglibatan orang awam.

UTUSAN PENGGUNA, DISEMBER 1997, JIL 21 BIL 12, M/S 17


KEMBALI

KETAHUILAH HAK MENGELUARKAN KWSP ANDA

MULAI 1 November 1994, akaun pencarum KWSP telah dibahagikan kepada 3 akaun berasingan. Pencarum semasa seharusnya mengetahui 3 akaun ini untuk memudahkan pengeluaran di kemudian hari apabila diperlukan.

Bagi mereka yang masih tidak jelas dengan akaun atau syarat untuk mengeluarkan simpanan dari akaun, berikut adalah panduan yang boleh digunakan.

Akaun 1(60% daripada simpanan) —UNTUK PERSARAAN

Anda boleh mengeluarkan simpanan anda dari akaun ini ketika usia 56 dalam sebarang kaedah yang berikut:

* Semua sekali.
* Hanya dividen tahunan.
* Sebahagian daripada simpanan dalam jumlah sekali gus dan selebihnya dalam bentuk ansuran.
* Ansuran bulanan.

Tetapi dalam usaha untuk melayakkan bagi pilihan kedua yang akhir, anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya RM12,000 dalam akaun anda.

Akaun 2 (30% daripada simpanan) —UNTUK TUJUAN PERUMAHAN

Anda boleh mengeluarkan:· Semua simpanan dalam akaun anda.· Perbezaan di antara harga rumah dan pinjaman perumahan ditambah 10% harga rumah (untuk memenuhi-perbelanjasn seperti yuran guaman), di mana jumlah lebih rendah.

Bagaimanapun anda tidak dibenarkan untuk mengeluarkan jika anda membeli sebidang tanah, membeli rumah secara sewa dulu beli kemudian atau merancang untuk mengubahsuai, memperbaiki atau membina tambahan rumah anda yang sedia ada.

Anda juga boleh membuat pengeluaran dengan jarak 5 tahun untuk mengurangkan atau menyelesaikan pinjaman perumahan apabila anda mencapai usia 55. Akaun ini boleh ditutup apabila anda berusia 55-tahun.

Akaun 3 (10% daripada simpanan) UNTUK PERBELANJAAN PERUBATAN

Anda boleh mengeluarkan:

* Semua jumlah dalam akaun atau kos rawatan di mana yang lebih rendah.
* Hanya jika kos perubatan anda tidak dibayar sepenuhnya oleh majikan anda.
* Untuk ahli keluarga anda yang sakit dilindungi di bawah skim ini.
* Untuk masa yang tidak terhad asalkan anda mempunyai dana dalam akaun.

PENGELUARAN LAIN SEPENUHNYA

*

Meninggalkan Malaysia secara tetap— Anda boleh mengeluarkan semua caruman anda jika anda tidak mempunyai niat untuk kembali semula.
*

Kecacatan kekal—Jika anda kekal cacat (baik fizikal atau mental) dan tidak mampu untuk terus bekerja, anda boleh mengeluarkan semua caruman anda. Bagaimanapun kelulusan bergantung kepada Lembaga Perubatan Dana.

Anda juga akan diberikan jumlah tambahan daripada simpanan KWSP anda di bawah Skim Faedah Kecacatan. Jumlahnya tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM30,000.

*

Kematian—Pewaris atau mereka yang layak boleh memohon untuk mengeluarkan semua caruman. Jika pada masa kematian, ahlinya masih menjadi ahli KWSP dan tidak lagi mencapai 60, KWSP juga akan membayar jumlah tambahan daripada jumlah caruman.Bayaran yang tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM3O,OOO di bawah Skim Faedah Kematian.





UTUSAN PENGGUNA, DISEMBER 1997, JIL 21 BIL 12, M/S 3


KEMBALI

SOAL JAWAB MENGENAI INSURANS, DEPOSIT BANK, PEMBUANGAN PEKERJA

Seeorang itu perlu berhati-hati dengan wang terutamanya sejak nilai ringgit yang sama tidak akan sama untuk digunakan pada masa depan. Jadi kita perlu pastikan bahawa wang yang dikeluarkan dibelanjakan dengan sewajarnya.

Berikut adalah beberapa jawapan kepada persoalan berkaitan dengan wang yang mungkin anda akan dapati amat berguna.

Insurans

Saya baru saja mula bekerja dan didatangi oleh rakan saya yang menyarankan kepada saya supaya mengambil polisi insurans hayat sebagai satu cara untak menyimpan dan memberikan sesuatu kepada kedua orang tua jika saya meninggal dunia. Adakah ini satu idea yang baik ?

Semuanya bergantung kepada sama ada sesiapa bergantung kepada anda dari segi kewangan. Adakah kedua orang tua anda bergantung kepada anda untuk memenuhi keperluan harian atau mereka masih bekerja dan menguruskan mereka sendiri?

Jika orang tua anda bergantung kewangan kepada anda maka adalah lebih bijak untuk mengambil polisi hayat dalam usaha untuk memastikan mereka mempunyai wang yang mencukupi untuk hidup jika berlaku kematian anda.

Dalam kes ini, kami menyarankan supaya anda mengambil "insurans berpenggal " (yang akan dibayar hanya jika kematian anda dalam tempoh tertentu) kerana premiumnya lebih murah.

Pelaburan atau insurans hayat jenis simpanan adalah lebih mahal. Tambahan pula jika pendapatan anda rendah insurans hayat jenis pelaburan yang memerlukan anda membuat simpanan secara tetap dan dalam jangka panjang—ia bukanlah satu idea yang baik.

Jika anda hentikan polisi pada awal tahun, anda akan mendapat sedikit atau tidak mendapat apa-apa.

Sebaliknya jika tidak ada siapa yang bergantung kepada anda dari segi kewangan maka anda tidak memerlukan insurans hayat.

Pegawai bank yang menguruskan pinjaman perumahan saya menyarankan bahawa selain dari polisi insurans kebakaran untuk rumah, saya juga perlu mempertimbangkan untak mendapatkan polisi perlindungan gadaian. Adakah saya memerlukan begitu banyak polisi insurans?

Kita boleh melihat insurans rumah dari dua sudut. Pertama insurans untuk melindungi bangunan itu sendiri sekiranya ia dimusnahkan oleh kebakaran banjir atau beberapa bencana lain dan kedua, polisi untuk melindungi pembayaran balik sebarang tunggakan pinjaman sekiranya anda meninggal dunia sebelum pinjaman itu dijelaskan sepenuhnya.

Institusi kewangan akan menentukan jenis polisi bangunan yang diperlukan. Sekurang-kurangnya polisi kebakaran.

Jika anda menginsuranskan rumah, ia mungkin tidak sama jumlahnya sepertimana harga yang anda bayar untuknya atau jumlah pinjaman. Ia lebih kurang kerana harga pembelian adalah termasuk kos tanah.

Anda perlu menginsuranskan jumlah yang bersamaan dengan kos untuk membina semula rumah.

Dalam kes rumah pangsa, tidak perlu polisi insurans untuk rumah pangsa. Sejak 1996, adalah dipersetujui bahawa polisi utama diambil oleh perbadanan pengurusan yang mendapatkan Akta Hak Strata akan diterima oleh institusi kewangan sebagai bukti insurans yang mencukupi, menyediakan perlindungan polisi, risiko kebakaran minimum, rusuhan, mogok dan kerosakan, kebocoran atau limpahan tangki air, peralatan atau paip rosak, tanah runtuh dan bangunan itu dinilai oleh juru ukur bahan sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun.

Polisi insurans kedua dirujuk kepada polisi perlindungan gadaian. Ia membolehkan perlindungan insurans untuk mendapatkan semula pinjaman dan memastikan bahawa keluarga anda tidak akan kehilangan rumah itu jika anda meninggal dunia terlebih dulu. Premiumnya akan bergantung kepada faktor seperti usia anda tempoh pinjaman, jumlah pinjaman dan keadaan kesihatan keseluruhannya.

Deposit bank

Sembilan bulan yang lalu saya membuka akaun simpanan tetap 15 bulan di sebuah syarikat kewangan dengan kadar faedah 7.5% setahun. Hari ini saya boleh mendapat 10.5% setahun untak simpanan tetap 15 bulan. Saya sedang memikirkan untuk mengeluarkan simpanan tetap dan membuka yang baru di mana saya boleh mendapat kadar faedah yang lebih tinggi. Perlukah saya melakukannya ?

Apabila anda mengeluarkan simpanan tetap anda sebelum tarikh matang (atau tarikh yang dipersetujui, peraturan berikut digunakan:

* Tiada kadar faedah akan dibayar ke atas sebarang simpanan satu bulan yang tidak melalui tempoh sepenuhnya.
* Tiada kadar faedah akan dibayar ke atas sebarang simpanan tetap jika dikeluarkan sebelum tamat tempoh tiga bulan.
* Kadar faedah yang dibayar untuk simpanan tetap yang dikeluarkan sebelum tarikh matang akan menjadi separuh kadar faedah yang dicatatkan dalam sijil simpanan tetap.

Dalam kes anda jika anda mengeluarkan simpanan tetap anda sekarang anda akan dibayar hanya 3.75% setahun untuk sembilan bulan pertama. Anda boleh mengira sama ada ia akan memberikan faedah untuk mengeluarkannya sekarang atau menunggu sehingga simpanan tetap matang dalam tempoh enam bulan.

Adakah sesetengah bank atau syarikat kewangan lebih selamat berbanding yang lain?

Dibawah Akta Institusi Kewangan dan bank 1989 (BAFIA), bank dan syarikat kewangan yang berdaftar di bawah akta itu adalah tertakluk di bawah peraturan Bank Negara. Apabila institusi kewangan dalam keadaan tak mampu bayar atau tidak mampu untuk memenuhi tanggungjawapnya, Bank Negara mungkin :-

1. menghendaki institusi itu mengambil sebarang langkah atau tindakan yang Bank Negara menganggapnya sebagai perlu;
2. melarang institusi itu dari melanjutkan sebarang kemudahan kredit yang seterusnya;
3. memecat sebarang pegawai dari institusi ;
4. memecat pengarah lama dan melantik yang baru;
5. melantik penasihat kepada institusi.

Langkah-langkah yang diambil di bawah (b), (c), (d), dan (e) dijalankan hanya dengan persetujuan Kementerian Kewangan. Bank negara juga mungkin menyarankan kepada Kementerian kewangan bahawa:-

1. Bank Negara mengambil alih kawalan institusi kewangan atau melantik seseorang untuk melakukannya bagi pihaknya ;
2. Melantik penerima atau pengurus atau meguruskan perniagaan institusi atau sebahagian darinya;
3. Membuat petisyen kepada Mahkamah Tinggi untuk menutup institusi itu.

Untuk rekod Bank Negara setakat ini telah menyelamatkan institusi kewangan yang bermasalah dan membantu mereka untuk pulih semula.

Tetapi jika anda mahukan simpanan anda dijamin oleh kerajaan, anda sepatutnya memilih Bank Simpanan Nasional (bukannya BSN Commercial Bank Bhd).

Perlu diambil perhatian bahawa BSN Commercial Bank Bhd berbeza kerana ia terletak di penyeliaan Bank Negara.

Kehilangan kerja

Terdapat khabar angin bahawa syarikat di tempat saya bekerja akan membuang pekerja. Bilakah masanya pihak syarikat sepatutnya memberitahu pekerja yang terjejas itu dan apakah faedah yang berhak diperolehi oleh pekerja itu?

Tempoh notis yang diperlukan adalah bergantung kepada tempoh kerja anda. Bagi mereka yang bekerja kurang daripada dua tahun, majikan perlu memberikan notis terlebih dahulu sehurang-kurangnya empat minggu.

Bagi mereka yang bekerja dengan syarikat lebih daripada dua tabun tetapi kurang lima tahun memerlukan sekurang-kuranguya notis enam minggu.

Pekerja yang telah bekerja selama lima tahun atau lebih perlu diberikan sekurang-kurangnya notis lapan minggu.

Jika anda bernasib malang kerana dibuang kerja, anda perlu memastikan bahawa majikan anda membayar kepada anda sekurang-kurangnya faedah pemberhentian kerja yang betul.

Di bawah Peraturan Pekerjaan 1980 (Faedah Pemberhentian dan Pemberhentian Kerja Sementara) Akta Pekerjaan 1955, majikan yang membuang pekerja dengan lebih setahun perkhidmatan diwajibkan membayar faedah pemberhentian atau pemberhentian kerja sementara.

Lebih lama seseorang itu bekerja di sesebuah syarikat lebih banyak faedah yang berhak diterimanya. Bagi mereka yang bekerja kurang daripada dua tahun boleh menuntut gaji 10 hari bagi setiap tahun perkhidmatan dan bagi mereka yang bekerja dua hingga lima tahun boleh menuntut gaji 15 hari bagi setiap tahun perkhidmatan dan bagi mereka yang bekerja lima tahun atau lebih boleh menuntut gaji 20 hari untuk setiap tahun perkhidmatan.

Bagi tahun perkhidmatan yang tidak mencukupi, bayaran seharusnya dibuat berdasarkan pro-rata, dikira kepada bulan yang terdekat. Bayaran faedah pemberhentian atau pemberhentian kerja sementara seharusnya dibayar oleh majikan dalam tempoh tiga hari selepas tarikh pemberhentian (untuk pemberhentian tanpa notis) atau dibayar pada akhir tempoh notis (untuk pemberhentian dengan notis).

Jika perkhidmatan pekerja diberhentikan tanpa notis atau sebelum tempoh notis penuh berakhir, majikan mesti membayar jumlah yang bersamaan dengan gaji yang terakru kepada pekerja untuk tempoh notis itu.

Pekerja yang berkhidmat kurang daripada dua tahun berhak untuk mendapat ganti notis empat minggu, bagi mereka yang berkhidmat dua hingga lima tahun boleh menuntut gaji enam minggu dan mereka yang berkhidmat lima tahun atau lebih boleh menuntut gaji lapan minggu sebagai ganti notis.

Jika saya dibuang kerja, saya boleh memulakan perniagaan saya sendiri. Apakah pro dan kontra menjalankan pekerjaan sendiri atau alternatif sebagai syarikat?

Kebaikan utama menjalankan perniagaan anda sendiri sebagai syarikat ialah anda boleh mendapat faedah daripada liabiliti terhad. Ini bermakna pemegang saham (di mana mestilah terdapat sekurang-kurangnya dua orang) adalah bertanggungjawab kepada hutang syarikat tetapi hanya setakat nilai saham nominal yang mereka pegang.

Sebaliknya, jika anda bekerja sendiri, anda bertanggungjawab secara peribadi terhadap hutang perniagnan anda dan seluruh kekayaan persendirian anda berada dalam risiko.

Bagaimanapun, kebaikan pilihan itu ialah kehilangan sebahagian jika syarikat anda meminjam wang dan anda perlu memberikan Jaminan peribadi untuk pinjaman itu. Faktor yang anda perlu pertimbangkan termasuklah:

* sesebuah syarikat lebih mahal untuk ditubuhkan dan terdapat lebih banyak formaliti yang terlibat. Menjadi pekerja sendiri lebih murah dan fleksibel.
* sesebuah syarikat tertakluk kepada Undang-Undang Syarikat yang seharusnya diketahui oleh anda. Kurang kerenah birokrasi jika anda bekerja sendiri.
* dengan syarikat, anda perlu menfailkan akaun tahunan dan butir-butir lain mengenai syarikat kepada Pendaftar Syarikat (ROC). Terdapat denda jika anda gagal berbuat demikian. Maklumat di ROC dibuka untuk pemeriksaan oleh orang awam.
* anda mungkin mempunyai kredibiliti yahg lebih besar dengan pelanggan dan bank jika anda beroperasi sebagai sebuah syarikat.

UTUSAN PENGGUNA, MEI 1998, JIL 22 BIL 5,

KEMBALI

Susu Kolostrum Gluco Lpd Plus, Better Life bantu tingkatkan sistem ketahan tubuh

Kajian membuktikan kolostrum iaitu susu awal lembu sama khasiatnya dengan kolostrum yang dihasikan ibu selepas bersalin .Kolostrum mengandungi beberapa elemen penting iaitu sel darah putih dan antibodi yang bertindak membunuh bakteria dan menghalang jangkitan.

Selain itu ia juga mengandungi bifidus untuk membantu pembiakan bakteria baik bagi mengelakkan cirit birit , meransang perkembangan usus dan bertindak sebagai laksatif bagi membuang najis pertama bayi yang mampu melindungi mereka dari deman kuning .

Zaman dulu ,ibu-ibu disarankan membuang kolostrum yang berwarna kekuningan kerana disangka susu basi .Bagaimanapun individu yang tidak mendapat khasiat kolostrum ibu jangan susah hati kerana kolostrum atau susu awal lembu dirumus dalam bentuk susu tepung Gluco Lpd Plus, Better Life dapat menampung kekurangan ini terutama kalangan yang sudah berusia.

Susu awal lembu bukan sekadar susu tepung kerana khasiat terkandung di dalamnya membantu badan memingkatkan system pertahanan (imunisasi).Rumusan immunoglolin (IG) dalam Gluco Lpd Plus, Better Life boleh merangsang dan mempecepatkan proses pertumbuhan sel serta praline-rich-polypeptides(PRP) untuk meningkatkan system pertahanan tubuh .

Ia bertindak sebagai antigen dan antibody efektif untuk menentang dan meneutralkan serangan bakteria berbahaya seperti Escheric-hia coli (E-Coli) ,Coliform.Salmonella .Streptococcus pyogenes ,Bacillius cereus serta Candida albicans yang menjadi penyebab pelbagai masalah kesihatan .

Menurut Perunding Pembangunan dan Perniagaan DBY Trade Corporation Sdn.Bhd., encik Basir Hj Ismail, immunoglobulin ini pula ada lima jenus iaitu IGA,IGD,IGM,IGG,dan IGE setiap satu ada fungsi yang berbeza .IgA juga dikenali sebagai mucus antibody bertindak sebagai bakteria melekat pada dinding organ ..IgG pula mengaktifkan sel darah putih bagi menentang serangan bakteria terutama E-COLI.

Kolostrum ini juga kaya dengan protein lain termasuk hormone,enzim dan gula ringkas yang sangat diperlukan tubuh. Gluco Lpd Plus, Better Life dirumus pakar farmakologi ,DR MOHD SHAHIMI MUSTAFA, yang juga kaya dengan laktoferin.Ia gabungan gluko protein yang biasanya ditemui dalam susu dan cecair badan lain seperti air mata .

Laktoferin ini berfungsi mengagih dan memudahkan badan menyerap zat besi.Kandungan zat besi dalam susu lembu ini lebih mudah diserap berbanding zat besi daripada sumber makanan lain .

Katanya ,kajian juga memdapati laktoferin membantu pertumbuhan sel khususnya dalam system limfa dan mengaktifkan DNA.Secara tidak langsung ia meningkatkan system pertahanan badan dengan mengekang pertumbuhan bakteria jahat .

Selain itu ia juga diperkaya vitamin C untuk menghasilkan kolagen yang memberikan kekuatan pada struktur kulit. Malah vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan melawan aktiviti radikal bebas.

Peningkatan umur menurunkan daya pertahanan badan dan menyebabkan kita lebih mudah mendapat jangkitan. Malah pencemaran, tabiat merokok dan tabiat pemakanan tidak seimbang akan mempercepatkan penghasilan radikal bebas.

Pengambilan vitamin C dalam susu awal lembu ini akan membantu mengatasi kerosakan sel akibat tindakan radikal bebas. Kelebihan susu awal lembu ini ialah ia akan menjalani proses nyah bau supaya manfaatnya dinikmati individu yang tidak suka bau susu lembu.

Lebih penting katanya, Gluco Lpd Plus, Better Life produk buatan Bumiputera yang dikilang di Kedah dan semua proses pembuatannya mengikut hokum syariah dan dijamin halal.

Susu ini sesuai untuk semua peringkat usia dan kanak-kanak melebihi lima tahun. malah individu yang mengidap penyakit digalakkan meminum susu ini kerana boleh meransang daya ketahanan badan dan membekalkan bahan antioksidan.

Melalui pengambilan teratur, pengguna mendapat pelbagai manfaat seperti mengurangkan kejadian selsema dan alahan, mengelakkan osteoporosis, menseimbangkan paras gula dalam darah, menentang jangkitan kuman yang tersebar melalui makanan dan minuman serta dapat mengurangkan sakit otot dan sendi terutama di kalangan warga tua.

Ia juga sesuai untuk individu yang mahu mengurangkan berat badan kerana susu awal lembu ini juga berfungsi menstabilkan system pencernaan .Sistem pencernaan stabil akan bertindak lebih cekap untuk membakar lemak .

Susu dipasarkan oleh syarikat DBY ini bukan saja dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut tetapi membuatkan kulit lebih cantik dan halus.



KEMBALI

PENGERTIAN LOGO


PENGERTIAN LOGO

Rekaan logo ini berasaskan kepada matlamat IPGM ini sebagai sebuah institusi dan pusat latihan perguruan. Simbol arah ke atas melambangkan bahawa IPGM ini sentiasa maju ke hadapan secara berterusan dan akan sentiasa menegakkan prinsip-prinsip rukun negara.

Bentuk bulat melambangkan individu yang berfikiran terbuka yang sentiasa berusaha memajukan dirinya dalam arus perkembangan era globalisasi dan pasca modenisasi masa kini. Ia juga ditafsirkan sebagai cahaya yang bakal menerangi kehidupan pelajar pada masa akan datang.

Mata pena melambangkan suatu institusi gedung ilmu yang akan melahirkan guru berwawasan, berkebolehan, berkeupayaan dan berketrampilan serta mampu menggunakan ilmu dengan hikmah dan bijaksana. Bentuk berlian melambangkan individu yang telah digilap dan diasuh menjadi guru yang menyerlah, berkualiti tinggi, serta tahan lasak

Warna biru (warna rasmi) selalunya ditafsirkan sebagai mesra, pemurah dan mudah diterima ramai. Warna biru juga melambangkan rasa cinta warga IPGM akan institusi ini serta lambang perpaduan.

Warna kuning pula dikaitkan dengan lambang kemuliaan dan darjat yang tinggi.

COGAN KATA

Perkataan 'Intelek' bermakna mempunyai daya fikir yang dinamik.'Progresif' bermakna sentiasa maju ke hadapan dalam apa jua bidang.'Berkualiti' bermakna berketrampilan untuk menjalankan tugas dengan sempurna dan bermutu tinggi sejajar dengan hasrat 'Falsafah Pendidikan Negara'.


KEMBALI

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak dengan ini penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk;

1. Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan setiap semester dengan mematuhi proforma kursus untuk tujuan penganugerahan ijazah/diploma;
2. Memastikan kemahiran, kepimpinan, kepegawaian dan kejurulatihan dalam bidang sukan dikuasai selaras dengan keperluan proforma kursus;
3. Memaklumkan Keputusan Peperiksaan Akhir Kursus Perguruan (7) tujuh hari bekerja selepas menerima keputusan Mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru;
4. Menganugerahkan Diploma Perguruan Malaysia/ Diploma Pendidikan/Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada lulusan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) tahun selepas Keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan;
5. Memastikan 80% daripada kursus-kursus peningkatan profesionalisme guru yang dirancang untuk guru-guru dalam perkhidmatan dapat dilaksanakan pada setiap tahun;
6. Memastikan dalam tempoh enam (6) bulan pertama guru permulaan yang dihasilkan dari Institut Pendidikan Guru memenuhi kehendak sekolah dari aspek kualiti diri, kemahiran dalam pengajaran dan Pembelajaran, kebolehan mengurus Kokurikulum, kemahiran kepegawaian dan kejurulatihan serta berkemampuan mengurus tugas-tugas sekolah.


KEMBALI

MATLAMAT, VISI & MISI

MATLAMAT

Menyediakan latihan asas keguruan yang berwibawa dan berkualiti ke arah pembangunan insan guru secara menyeluruh dan berterusan meliputi aspek fizikal, intelek, rohani, dan emosi serta sikap yang dinamis bagi memenuhi keperluan dan cabaran dunia pendidikan semasa serta pembinaan negara bangsa pada masa akan datang


VISI

Institut Pengajian Tinggi Unggul Meneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Yang Memenuhi Aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.


MISI

Melaksana Program Pendidikan Guru Untuk Melahirkan Guru Profesional, Kompeten dan Berwatak Yang Bersedia Menjunjung Aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia serta Menyanjung Warisan Budaya Negara.


KEMBALI

SEJARAH IPGKTAR

Pembinaan maktab ini bermula pada tahun 1998 bagi menggantikan Maktab Perguruan Sains Bintulu. Maktab yang terletak di Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan ini mula beroperasi pada 1 Jun 1999 dan telah dirasmikan pada 22 November 1999 oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Hj. Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi tapak tanah seluas 60 hektar yang terletak di Jalan Dato’ Mohd.

Musa, Kota Samarahan lebih kurang 20km dari pusat bandar Kuching kepada Kementerian Pendidikan untuk pembinaan Maktab Perguruan Islam. Tetapi memandangkan ambilan guru agama tidak besar, maka cadangan asal kampus bari ini ditukar menjadi Maktab Perguruan Samarahan bagi mengganti Maktab Perguruan Sains Bintulu yang telah ditutup pada pertengahan tahun 1999. Dalam ucapan perasmian Maktab Perguruan Samarahan, Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud telah membayangkan hasrat agar nama Maktab Perguruan Samarahan ditukar menjadi Maktab Perguruan Tun Abdul Razak.

Pada hari Khamis, 7 Zulkaedah 1421 Hijrah bersamaan 1 Februari 2001, YAB Tun Hajjah Rahah Bte. Tan Sri Haji Mohd. Noah S.S.M., P.N.B.S., S.I.M.P., S.P.D.K telah menyempurnakan Majlis Perasmian nama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak.

Penubuhan Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai suatu bentuk pengiktirafan kerajaan terhadap agenda memartabatkan profesion keguruan telah dibangkitkan oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam Pembentangan Bajet 2006 dan Pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pada hari Sabtu, 8 Rabiulakhir 1427 Hijrah bersamaan 6 Mei 2006, secara rasminya Timbalan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak telah menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Institut Pendidikan Guru di Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR).



KEMBALI

PENGGUNA LESTARI


Memandangkan terdapat pelbagai fakta dan kenyataan yang mengelirukan mengenai pengguna dan hak mereka, maka adalah penting bagi kita sebagai pengguna untuk bersikap teliti ketika membeli barangan. Pengguna lestari adalah pengguna yang peka terhadap kepercayaan dan amalan diri yang mempengaruhi perbelanjaan dan penggunaan mereka. Adakah anda membeli berdasarkan keperluan atau:

• untuk dilihat sebagai seseorang yang mengikut fesyen dan gaya terkini?

• untuk bersaing dengan jiran?

• untuk menunjukkan bahawa anda juga mampu memiliki?

• untuk mengikut ciri-ciri imej yang dipaparkan pada iklan?

• untuk terus menggunakan produk tersebut kerana sudah lama menggunakannya?

• untuk menggunakan barang berjenama mahal kerana percaya kualitinya lebih baik?

Pengguna lestari adalah pengguna yang mampu mengubah segala tabiat, amalan dan kepercayaan yang membawa kepada pembaziran. Langkah pertama untuk mewujudkan pengguna
lestari adalah dengan memahami konsep-konsep berikut :
• Pengguna lestari adalah pengguna yang peka terhadap jumlah gaji dan jumlah perbelanjaan.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang peka terhadap keperluan dan kehendak.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang prihatin kepada keperluan masa kini dan masa depannya.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang berbelanja mengikut keperluan.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang menghormati semua benda hidup dan proses alam semula jadi.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang tidak
meletakkan status diri mengikut harta atau barangan
yang dimiliki.


Sebagai pengguna lestari, langkah-langkah yang bolehdipraktikkan oleh golongan wanita adalah :

1. Membuat perbandingan dan perbezaan harga di antara
peniaga.

2. Menggunakan barangan tempatan.

3. Menyediakan senarai barangan yang perlu dibeli
sebelum membeli-belah dan mematuhi senarai tersebut.

4. Membeli-belah secara bersendirian (tanpa kanakkanak).

5. Menjadikan buah-buahan dan sayuran sebagai sajian
utama, menggantikan makanan yang diproses.

6. Membeli barangan secara pukal bagi barangan yang
seringkali digunakan dan tahan lama.

7. Menggunakan bakul menggantikan troli sewaktu
membeli-belah.

8. Membeli secara tunai dan bukannya menggunakan kad
kredit.

9. Berhati – hati dengan perbelanjaan yang tidak
dirancang.

10.Menanam sayuran sendiri.

11.Lebih kerap memasak sendiri di rumah menggantikan
amalan makan di luar.

12.Menyediakan bajet dan berbelanja mengikut bajet
yang ditetapkan.

13.Mengurangkan penggunaan air dan elektrik di rumah.


KEMBALI

TAMBAHAN

ARTIKEL

A.Susu Kolostrum Gluco Lpd Plus, Better Life bantu tingkatkan sistem ketahan tubuh


B. Soal Jawab Mengenai Insurans, Deposit Bank, Pembuangan Pekerja


C. KETAHUILAH HAK MENGELUARKAN KWSP ANDA

D.HAK MANUSIA UNTUK MENIKMATI ALAM SEKITAR YANG SELAMAT

E.RUMAH APA HAK PEMBELI?



Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada pembaca/pengunjung yang budiman, anda dialu-alukan untuk menghantar sebarang artikel berkaitan dengan "pengguna". Sila nyatakan bersama nama dan kelas/opsyen (*jika pelajar/staff IPGKTAR mahupun IPG lain) kepada :

A. Encik Mazlan Bin Haji Junaidi (Jabatan Kajian Sosial)

lan.junaidi2008@gmail.com

B. Saberi Bin Pendi (PPISMP709 Pengajian Sosial)

rieypendi@gmail.com

C. Felix Rapin Anak Stephen Johnson (PPISMP709 Pengajian Sosial)

felixrapin@gmail.com


ATAUPUN MUATNAIK FAIL ANDA :

PERHATIAN : SISTEM INI HANYA BERFUNGSI PADA SESUATU FAIL SAHAJA. KEMUNGKINAN PIHAK KAMI TIDAK DAPAT MUAT TURUN FAIL ANDA.

VIDEO

PERHATIAN : SILA "OFF"KAN TERLEBIH DAHULU VIDEO-VIDEO YANG AUTOMATIK "PLAY"/MAIN BAGI MEWUJUDKAN KESELESAAN MENONTON VIDEO YANG ANDA HENDAK TONTONI. SEKIAN, HARAP MAKLUM.-Pentadbir blog.



A. BELI BARANGAN MALAYSIA



B. SELAYANG PANDANG IPGKTAR



Download
B. HARI PENGGUNA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


C.10 TAHUN IPGKTAR



Download

B. LAGU IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK


















Download

IPTARKU GEMILANG

Lagu & Lirik: Abdul Latiff bin Poli

Bergema suara kami
Mendukung amanah bangsa
Berikrar bersama bersatu hati
Pendidik guru yang setia

Akan lahirlah wira
Bakal guru berwawasan
Memegang etika perguruan
Mendidik generasi baru

IPTARku gedung ilmu
Harus diterokai
Amalkan pengetahuan yang ada
Pastikan Falsafah Pendidikan Tercapai

Martabat profesion perguruan
Berusaha dengan kecemerlangan
Sains teknologi kita manfaatkan
Agama jadi pegangan

Harum namamu IPTARku gemilang
Institut Perguruan Tun Abdul Razak
Berganding bahu
Seia dan sekata



KEMBALI

INTERAKTIF

A. LAGU IPG MALAYSIA

















Download

IPG MALAYSIA

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta

Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG


B. LAGU IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

INFO IPGKTAR

INFO IPGKTAR

Hak Dan Tanggungjawab Pengguna

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang yang digubal dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna.Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:
hak2.jpg (19649 bytes)
Pengguna
1.2 Dengan lain perkataan walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi mendapatkan hak-hak mereka. Pada kebiasaannya pengguna itu tidak akan mendapat haknya melainkan :-

(a) Mengetahui apakah hak-haknya;

(b) Menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya;
(C) Memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dan berusaha mendapatkan hak-hak itu.
1.3 Maka amalan seorang pengguna yang baik dan bijak ialah membuat imbangan antara tanggungjawabnya sebagai pengguna dan dalarn masa yang sama menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatkannya.
2.0 SIAPA ITU PENGGUNA
2.1 "Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.
2.2 Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam bidang pengurusan, kepenggunaan bermakna yang pengguna melihat pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.
2.3 Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".

2.4 Sebagai pengguna kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kerana tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan hanyalah satu iaitu pengguna. Pengeluar atau penjual memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah dorongan-dorongan yang membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau perkhidmatan tertentu. Pengguna yang dimaksudkan di sini adalah pengguna akhir atau "ultimate consumer" kerana di pasaran terdapatjuga pembeli yang membeli barangan secara borong/pukal dengan tujuan untuk menjual barangan itu semula atau pembeli bahan mentah yang memerlukan pernerosesan sebelum dijual kepada pengguna akhir.
2.5 Kepuasan keperluan adalah asas kepada pembelian barang barang dan perkhidmatan di pasaran. Keperluan ini terbahagi kepada dua iaitu keperluan primer dan keperluan sekunder. Keperluan primer adalah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang asasi. Manakala keperluan sekunder pula adalah berkait dengan personaliti dan perlakuan sosial seseorang misalnya pembelian barangan atau perkhidmatan yang bertujuan menonjolkan sesuatu imej atau status kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan pengiktirafan sosial. Kadang kala dorongan terhadap keperluan berbentuk sekunder menjadi begitu penting kepada pengguna dan mengatasi keperluan primer. Seringkali juga keperluan sekunder juga dikenali sebagai kehendak Ilwants" yang pada kebiasaannya adalah tidak terbatas.
3.0 MASALAH KESEDARAN KEPENGGUNAAN DI KALANGAN PENGGUNA
3.1 Kesedaran pengguna terhadap hak-hak dan kewajipan mereka sebagai pengguna pada hakikatnya adalah merupakan masalah asas kepada pengguna.Selagi belum timbul kesedaran di kalangan pengguna terhadap peranan dan tanggungjawab mereka, selagi itulah usaha-usaha pergerakan pengguna dan kerajaan untuk melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna serta usaha-usaha kerajaan untuk membendung inflasi tidak dapat mencapai matlamatnya dengan berkesan.
3.2 Masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah terlalu banyak. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi adalah bersabit dari usaha pengguna untuk mendapatkan hak-hak mereka sebagai pengguna yang berpunca kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak yang sepatutnya diperolehi pengguna.Di samping itu pengguna-pengguna sendiri adalah kurang peka kepada hak-hak mereka yang disediakan oleh undang-undang dan peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Tidak ramai di antara pengguna di negara ini yang memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran.
3.3 Di samping itu, para pengguna juga kurang mengambil tahu tentang institusi dan peranan perlindungan pengguna yang ada di negara ini yang berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti:
(a) Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK);
(b) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK);
(c) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna;
(d) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna;
(e) Agensi-agensi Kerajaan;
(f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah; dan
(g) Persatuan Pengguna.
3.4 Kelemahan-kelemahan yang ada pada pengguna inilah yang menyebabkan para pengguna dengan mudah menjadi mangsa kepada peniaga-peniaga yang kurang bertanggungjawab.Banyak insiden-insiden yang telah berlaku yang telah menjejaskan hak dan kepentingan pengguna yang antara lainnya termasuklah:
(a) kegiatan menyorok barang-barang dengan tujuan menaikkan harga;
(b) tiada tanda harga pacia barangan yang dijual yang sepatutnya mempunyai tanda harga;
(c) pelabelan barangan yang tidak lengkap;
(d) sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi seperti yang didakwa;
(e) barang palsu; dan halal dan haram dan sebagainya.
4.0 HAK-HAK PENGGUNA
4.1 Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal. Selain daripada mengiktiraf 15 Mac sebagai Hari Hak Hak Pengguna Sedunia, aspek-aspek hak asasi pengguna ini diambilkira apabila negara menggubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang yang ada hubungkait dengan pengguna.
4.2 Dalam tahun 1962, J.F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu, telah mengenalpasti dan mengisytiharkan empat hak asasi pengguna seperti berikut:
(a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan;
(b) Hak Untuk Mendapat Makfumat;
(c) Hak Untuk Membuat Pilihan; dan
(d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat.
4.3 Kemudiannya, Consumers International, di samping mengiktiraf hak-hak asasi pengguna yang telah diisytiharkan oleh JR Kennedy itu, telah mengenalpasti empat lagi hak-hak asasi pengguna
iaitu:
(a) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas;
(b) Hak Untuk Mendapat Gantirugi;
(c) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna; dan
(d) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat.
(i) Hak Untuk Mendapat Keselamatan
4.4 Para pengguna adalah berhak dilindungi dari bahaya yang mengancam kesihatan dan keselarnatan jiwa semasa menggunakan barangan dan perkhidmatan.
Hak Untuk Mendapat Maklumat
4.5 Pengguna adalah berhak mendapatkan maklumat maklumat Yang jelas mengenai kegunaan bahan-bahan Yang terkandung dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan.
Hak Untuk Membuat Pilihan
4.6 Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga Yang berpatutan dan mutu Yang mernuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjuainya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan Yang diingini dan membayar Yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.
(iv) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat
4.7 Pengguna adalah berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuashati terhadap barangan atau perkhidmatan Yang diperolehi iaitu tidak mendapat layanan Yang sewajarnya. Apabila pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan bererti pengguna dan penjual telah mengikat sesuatu kontrak. Mengikut kontrak tersebut barang Yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaannya atau seperti Yang dinyatakan oleh penjual.
(v) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas
4.8 Pengguna adalah berhak kepada barangan dan perkhidmatan asas kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan, kesihatan dan lain-lain. Ini bermakna bahawa sebagai seorang pengguna kita adalah berhak kepada bekalan air Yang bersih dan perkhidmatan kesihatan Yang sempurna.

(vi) Hak Untuk Mendapat Gantirugi
4.9 Pengguna adalah berhak mendapat gantirugi disebabkan Man yang mengelirukan atau barang-barang yang bermutu rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
(vii) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Penqquna
4.10 Pengguna adalah berhak dan bertanggungjawab mendapatkan pendidikan pengguna supaya boleh bertindak sebagai pengguna yang baik. Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh pihak berkuasa, pertubuhan-pertubuhan pengguna dan pengeluar barang-barang dan perkhidmatan atau para penjual yang menjadi agen mereka.
(viii) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat Dan Selarnat
4.11 Pengguna adalah berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya.
4.12 Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Namun begitu kebanyakan para pengguna masih lagi tidak menyedari dan memahami sepenuhnya hak-hak dan tanggungjawabnya sebagai pengguna. Keadaan ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh sistern penyebaran maklumat mengenainya yang amat terbatas tetapi juga sikap acuh tak acuh para pengguna sendiri.
4.13 Kebajikan pengguna (hak-hak pengguna) akan dapat dipertahankan dengan cemerlang dalam jangka masa panjang melalui pendidikan. Semakin tinggi standard pendidikan kepenggunaan di kalangan pengguna semakin tinggilah kesedaran dan keupayaan pengguna menilai secara lebih tepat ke atas faedah yang boleh mereka perolehi dari pembelian ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan serta berupaya menuntut haknya sebagai pembeli mengikut lunas-lunas keadilan dan undang undang. Pengguna yang peka dan mempunyai pengetahuan yang memadai dan pergerakan pengguna yang sihat akan menyediakan
stimulus yang berharga kepada peniaga untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang benar-benar dikehendaki pada masa, tempat dan harga yang sesuai.


5.0 TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
5.1 Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak mempastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perfu dilaksanakan.Tanpa tanggungjawab, hak-hak pengguna tidak dapat diperolehi. Ini bermakna pengguna perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
5.2 Terdapat lima tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka. Lima tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut:

(a) Kesedaran Mengkritik;

(b) Penglibatan dan Tindakan;




(c) Tanggungjawab Sosial;
(d) Tanggungjawab Alam Semulajadi;

(e) Bersatupadu.




5.3 Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan berdiam diri tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat baranganyang sempurna.



(ii) Penglibatan Dan Tindakan

5.4 Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.
(iii)
Tanqqungiawab Sosial
5.5 Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.
(iv) Tanqqungiawab Alam Semulauadi
5.6 Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselarnatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan.
(
v) Bersatupadu
5.7 Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.

6.0 PERLINDUNGAN PENGGUNA
6.1 Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat berikut di antaranya:
6.1.1 barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan atau dimakan;
6.1.2 maklumat yang diterima sama ada pacia label barangan, pada Man dan risalah-risalah kerajaan adalah benar, cukup serta mudah difaham supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan kepada maklumat yang ada;
6.1.3 pengguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa paksaan atau ugutan;
6.1.4 pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jualbeli atau setelah pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah;
6.1.5 sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi;
6.1.6 pengguna dilindung melalui penguatkuasaan undang undang pengguna yang berkesan lagi adil; dan
6.1.7 pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan dan tanggungjawab di pasaran.
6.2 Perkembangan di bidang sains dan teknologi melahirkan beranika barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan pengguna
menghadapi masalah untuk membuat pilihan. Kemudahan kredit dan peningkatan tahap hidup mendorong pengguna mudah berbelanja. Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk difaharni oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan seringkali mengelirukan pengguna. Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Dalam berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup, etika dan aspek kerohanian seringkali diketepikan. Dalam keadaan begini, campurtangan pihak kerajaan adalah diperlukan. Justeru itu, berbagai undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan. Umumnya, undang-undang ini melarang, mengawal atau mengawalselia aktiviti yang dikenalpasti boleh memberi kesan buruk kepada perturnbuhan ekonomi negara atau merugikan pengguna.

7.0 PENUTUP
7.1 Hak-hak dan tanggungjawab pengguna perlu berlaku seiring bagi membolehkan transaksi pernbelian barangan atau perkhidmatan memenuhi aspirasi kedua-dua pihak iaitu pernbeli dan penjual. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab masing-masing akan mengakibatkan kepentingan hak kedua-dua pihak yang terabai. Undangundang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu menjamin kepentingan pengguna dipelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh para pengguna sendiri. Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha-usaha membendung inflasi dengan menguruskan perbelanjaan dengan berkesan yang boleh membantu pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.



Sumber :Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.


KEMBALI