• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG ENCIK CHAI KIM SHIN (PENASIHAT 1 GPS-IPGKTAR)


Hari ini kami dikejutkan dengan pemergian salah seorang pensyarah Jabatan Kajian Sosial yang pernah mengajar kami Pengajian Sosial (Ekonomi) pada 21 April 2012. Beliau merupakan Penasihat 1 kepada Gerakan Pengguna Siswa IPGKTAR. Pemergian beliau amat kami rasai kerana pengorbanan beliau dalam memberi ilmu kepada. Beliau seorang yang peramah, bertolak ansur dalam setiapa perkara, dan tidak pernah merungut atau lebih tepat mudah berjenaka di dalam kelas. Trade mark 'Bagus, ada baca!!!' sentiasa mekar dalam ingatan kami. Trade mark tersebut sering beliau guna untuk memuji pelajar-pelajar yang dapat menjawab soalan-soalan beliau.

Kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang Encik Chai Kim Shin.

SEMINAR PENGGUNA IPT




Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas kurnia limpah-Nya, Seminar Pengguna IPT telah berjalan dengan lancar. Walaupun jumlah ahli kelab yang pergi adalah terhad, tapi cukup untuk membawa makna kerana kami mengguna nama IPGKTAR dan maklumat kami peroleh sungguh banyak dan saya berharap ahli-ahli kelab yang telah pergi dapat berkongsi ilmu dengan guru-guru pelatih dan rakan-rakan yang lain mengenai ilmu kepenggunaan.Di sini kami sempat mengambil beberapa gambar :





























Ahli-ahli Kelab Pengguna IPGKTAR yang pergi..














Segak dan ceria.. Qamar dan Chia (Naib Pengerusi)









elfi tgh dok syok n xsbr nk melukis.
..






cantik???























hasil lukisan kami..hehe..


















yang mana paling cantik & cute?

SEMINAR PENGGUNA IPT

Senarai nama ahli Kelab Pengguna IPGKTAR yang telah dipilih oleh Penasihat kelab untuk menghadiri Seminar Pengguna IPT. Malumat seminar seperti di bawah :

Tarikh : 15 Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 a.m-5.00 p.m
Tempat: Hotel Habour View, Kuching.
Pakaian : Sila guna pakaian formal dan guna baju kot.
Catatan : Sila berkumpul di hadapan BLOK PENTADBIRAN pada pukul 7 (masa bertolak dari IPGKTAR :7.30 a.m)
Kehadiran : Wajib. (Pengecualian jika ada sebab yang tidak dapat dielakkan dan peserta mestilah mencari pengganti dirinya, sila maklumkan sebelum hari Rabu (12/01/2011).

Nama ahli Kelab Pengguna yang dipilih :

1) Saberi b. Pendi
2) Chia Wei Long
3) Steffilla anak Akkie
4) Sih Ai Yong
5) Faezah bte. Saliman
6) Syawari b. Saufi
7) Elfi Syahrul b. Materang
8) Mohd. Hafizuddin b. Mohd. Tahir
9) Qamarul Aqramin b. Rosli
10) Irene Wong Chai Sia

Anjuran :

Malaysian Consumer and Family Economics Association (MACFEA) or Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia


Usahasama :

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Penjenamaan semula Kelab Pengguna Sekolah

MUAR 30 Okt. – Program penjenamaan semula Kelab Pengguna Sekolah dijangka dapat melahirkan kumpulan pengguna baru yang boleh melindungi hak diri sendiri tanpa perlu bergantung kepada campur tangan kerajaan dalam setiap isu kepenggunaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, matlamat itu boleh dicapai kerana program itu akan mendedahkan pelajar terhadap isu kepenggunaan pada usia muda dan membimbing mereka menjadi generasi pengguna yang bijak.

“Sasaran kementerian adalah untuk melahirkan pengguna yang mampu berdikari dan melindungi kepentingan mereka sendiri.

“Sebab kalau kita lihat hari ini, segala masalah mereka (berkaitan hak pengguna), semuanya mengharapkan tindakan kerajaan dan pengguna seolah-olah tidak tahu lagi bagaimana untuk melindungi diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelancaran Program Penjenamaan Semula Kelab Pengguna Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar, di sini hari ini.


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

CERAMAH PENDIDIKAN PENGGUNA



OBJEKTIF PROGRAM:
-Membina rangkaian dan jaringan Kelab
Pengguna IPT yang lebih besar dan berkesan
dari segi tindakan terhadap isu-isu semasa
kepenggunaan.
-Menggalakkan penubuhan Kelab Pengguna IPT
di Pusat Pengajian Tinggi seluruh Malaysia
dan mewujudkan kesedaran kepenggunaan
di kalangan penuntut pengajian tinggi.
-Menggalakkan perancangan & pelaksanaan
aktiviti-aktiviti kepenggunaan terutama
aktiviti yang selari dengan kempen
kepenggunaan di IPTA / IPTS.
-Melahirkan kumpulan pemangkin di kalangan
penuntut IPTA / IPTS untuk menjalankan
aktiviti kepenggunaan.
-Melahirkan komuniti yang menyokong matlamat
dan dasar kerajaan tentang aspek
kepenggunaan.
-Memupuk semangat berpasukan dan bersatu
padu dikalangan ahli kelab dan menyuarakan
pendapat di dalam aspek kepenggunaan.



ATURCARA
CERAMAH kepenggunaan KELAB PENGGUNA IPGKTAR

Masa Perkara
08.00 - 08.30 Pendaftaran Peserta / Minum Pagi.

08.30 - 09.30 Ceramah 1:
‘KUASA PENGGUNA: 1 PENGGUNA 1 SUARA’
Penceramah: Puan Zaliha Senusi.
Seksyen Kepenggunaan PPDNKK Sarawak.

09.30 - 1030 Ceramah 2:
Undang-undang Yang Dikuatkuasakan
Oleh KPDNKK.
Penceramah: Seksyen Penguatkuasa
PPDNKK Sarawak.

10.30 - 11.00 Rehat.

11.00 - 12.00 Ceramah 3:
Peranan Tribunal Tuntutan Pengguna.
Penceramah: Puan Mastikawaty.
Seksyen TTPM PPDNKK Sarawak.

12.00 Ketibaan Para Jemputan.

Bacaan Doa.

Ucapan Ketua Jabatan Kajian Sosial IPGKTAR.

Ucapan Penasihat Kelab Pengguna IPGKTAR.

Sesi Penyampaian Cenderahati.

Sesi Penyerahan Cek kepada Kelab Pengguna
IPGKTAR.

Makan Tengahari.

Bersurai.