• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Penjenamaan semula Kelab Pengguna Sekolah

MUAR 30 Okt. – Program penjenamaan semula Kelab Pengguna Sekolah dijangka dapat melahirkan kumpulan pengguna baru yang boleh melindungi hak diri sendiri tanpa perlu bergantung kepada campur tangan kerajaan dalam setiap isu kepenggunaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, matlamat itu boleh dicapai kerana program itu akan mendedahkan pelajar terhadap isu kepenggunaan pada usia muda dan membimbing mereka menjadi generasi pengguna yang bijak.

“Sasaran kementerian adalah untuk melahirkan pengguna yang mampu berdikari dan melindungi kepentingan mereka sendiri.

“Sebab kalau kita lihat hari ini, segala masalah mereka (berkaitan hak pengguna), semuanya mengharapkan tindakan kerajaan dan pengguna seolah-olah tidak tahu lagi bagaimana untuk melindungi diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelancaran Program Penjenamaan Semula Kelab Pengguna Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar, di sini hari ini.


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

This entry was posted by Permata Timur II. Bookmark the permalink.